HP2 Sport Motorsport terhad keluaran nya


Hanya 400 unit akan ditawarkan sedunia bagi edisi khas HP2 Sport Motorsport ini. Walaupun rafik nya seakan sama dengan jentera HP2 Sports, enjin boxer nya mampu menjana 133hp, dengan dayakilas setinggi 115Nm bagi memacu berat keseluruhan hanya 178 kg. Namun peminat di luar Eropah mungkin hanya mampu berputih mata, kerana model amat terhad ini haya ditawarkan di sana sahaja.

Sepertimana kemunculan model terdahulu HP2 Sport pada tahun 2007 dahulu, ia nya merupakan motosikal impian bagi peminat motosikal enjin boxer dwi-selinder. Dengan grafik menawan dan dilengkapi peralatan pelumbaan yang canggih, ia memenuhi aspirasi dan angan angan mereka yang berkemampuan untuk membeli motosikal yang berharga lebih RM150,000 ini.

Sejarah cemerlang HP2 Sport di dalam arena sukan bermotor nyata memberangsangkan seperti di dalam kejohanan Endurance World Championship dan juga perlumbaan 24-jam Rennboxer, Le Mans dan Bol d'Ors.

Menyerupai Werksrennmaschinen (ayat Jerman bagi jentera pengilang atau factory nachine), fairing, tangki, pelana, penampan hadapan dan penghadang enjin nya diwarnakan putih alpine menyerupai warna BMW Motorsport dengan palitan merah dan biru. Roda tetuang aluminium hadapan nya diwarnakan biru dan dipadankan dengan roda putih di belakang. Jentera baruini juga dihias stiker nombor khusus berwarna hijau yang digunapakai oleh Team BMW Motorrad Motorsport di bonggol belakang pelana penunggang.

Dari segi teknikal nya, dwi aci sesondol mamastikan aktuasi atau pergerakkan injap yang pasti, dengan bantuan jejari drehzahlfesten. Ini menjamin janaan kuasa sebanyak 98 kW (133 hp) pada 8750 rpm, dengan daya kilas maksima setinggi 115 Nm pada 6000 rpm bagi enjin ini yang mampu berputar setinggi 9 500; satu tahap yang membanggakan bagi enjin dwi-selinder boxer.

Ekzos keluli tahan karat nya ditempatkan di bawah pelana dan manghasilkan nada bunyi menawan, terutama sekali sewaktu peukaran gear pada rpm tinggi tanpa klac, dengan bantuan shift-assistang ataupun bantuan penukaran gear, yang membolehkan anda menukar gear tanpa memperlahankan enjin mahu pun menekan klac.

Sistem suspensi nya boleh dilaras sepenuhnya dengan penggunaan penyeraphentak dan spring Öhlins dan dilengkapi sistem brek Brembo monoblok empat angkup seperti lazim nya.

Sayang nya model ini hanya dijual di Eropah, malah model terdahulu HP2 Sports juga amat terhad di Malaysia dengan hanya sepuluh unit sahaja yang ditawarkan untuk di jual. Cuma tinggal satu unit tunggang uji masih disimpan BMW Malaysia, namun mungkin dengan "penawaran" yang sesuai, mereka mungkin akan membebaskan nya... cuba lah, mana tahu rezeki anda....

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.
Image CAPTCHA
Enter the characters shown in the image.

Authors


Yamin Vong

Yamin Vong has been attacked by a rogue elephant while on a 4x4 recce in Ulu Lepar with 4x4ACKL members like thang Boon Cheng and K. Rao.

Hezeri Samsuri

I like anything with wheels, shopping cart included. There is something special about things on wheels and how to control them.

Thomas Huong

Thomas Huong is a 35-year-old journalist who has spent nearly a decade in the print and online media industry.

Salihin

Minat kepada kamera dan jentera dua roda sejak kecil. Gemar menunggang bermotosikal sejak lebih tiga dekad....

Hazril Hafiz

Gemar menulis di badan kereta dan dipinggir tayar motosikal.

View our PhotoStream on flickr

Alternatively you can also join our flickr group at our CBT flickr group.

Subscribe to our Test Drive, First Impression video and much more on our YouTube channel.

If you are already on facebook. Why don't you join CBT's facebook group. Click here.